sabar separuh dari Iman ~



Aku sangat kagum dengan sifat-sifat RasulAllah SAW yg sgt2 mulia~
salah satunye sifatnya yang Penyabar....~
Nabi Muhammad SAW sabar dalam segala hal ~ dan hasilnye.. semua yg dia buat mendatangkan hasil yang baik kan?
Contohnye.. Ape yg didakwah nye MASIH kekal sehingga ke hari ini kn? heheh

Dan kita sebagai umatnya..~
sepatutnya kene la ikut Sunnah Nabi kn?
hihi....

Aku sedar.. aku dulu2 memang xtahu ape tuh sabar.. semua nk dengan sekelip mata..
ceyhss ~ sampai sanggup menyusahkan orang... (ah tu mmg doh)
Tp tape tu dulu..

Skarang.. aku nk jd seorang yg Cool dan tenang dan sabar je..
mcm2 faedah yg baek aku dpt balek nt kan?
Saboo jelaa~
Hahaha!

Bila kita sabar mesti rasa tenangnye kan dalam segala hal~
xde la nk Clumsy Clumsy~
itula yg aku rasa dlm tempoh membiasakan diri dgn sifat yg penyabar~
Mmg agak payah nk jd penyabar mcm Nabi Muhammad SAW..~
Tp aku akan cube la jugak
Hihihi (tatau la berape lame tahan)
Moga-moga ia perpanjangan ~

----====================================>>>> :

Apa itu sabar? Sabar adalah keteguhan hati/jiwa untuk menghindari nafsu (yang cenderung mengheret ke arah kemaksiatan).

Adapun ungkapan "sabar separuh dari iman" (yang merupakan makna penuh sebuah hadis: "al-shabru nishful iimaan"), penjelasannya :
Iman adalah gabungan dari pembenaran (akan perkara-perkara yang harus diimani: Allah, para malaikat, para Nabi, dll) dan amal soleh, maka ia memerlukan dua syarat, Keyakinan dan Kesabaran. Yang pertama, keyakinan, maksudnya adalah pengetahuan dan keyakinan kita akan adanya Tuhan, para malaikat, para nabi, dan perkara-perkara lain yang harus diyakini seperti yakin Adanya Allah SWT.. Dan kedua, kesabaran, maksudnya adalah amal perbuatan yang harus kita laksanakan dengan penuh keteguhan hati sesuai dgn keyakinan kita. Kerana keyakinan/pengetahuanlah yang boleh menunjukkan kita mana perbuatan baik (taat) dan mana yang buruk (maksiat)..

Setelah kita tahu mana yang baik dan mana yang buruk, sebagai orang beriman, kita harus melakukan yang baik dan meninggalkan yang buruk. Pendek kata kita harus bertakwa: melaksanakan kebaikan dan meninggalkan yg buruk. Dan, takwa itu tak akan tegak tanpa adanya kesabaran.

Bukankah seseorang yang melakukan keburukan itu kerana nafsu? orang yang membenci orang lain itu kerana dirinya dikuasai amarah atau merasa dirinya benar dan itu tak lain dan tak bukan adalah nafsu, orang mencuri kerana nafsu, etc. Untuk melawan semua itu tak ada jalan lain kecuali dengan kesabaran/keteguhan hati. Bukankah sebenarnya semua orang tahu bahawa mencuri itu perkara buruk? membenci orang lain itu tak baik? mereka yang tdk memiliki keteguhan hati untuk melawan nafsunya sahaja yg akhirnya terjerumus dgn perkara yang tak elok.

Jadi, jelaslah bahwa iman itu tak sempurna hanya dengan keyakinan / kepercayaan. Tapi ia juga perlu diikuti dengan perbuatan yang memerlukan keteguhan hati seperti Bersabar..

2 comments: