Kesah plastik #1

COUTION: Cerita dibawah adalah rekaan semata-mata tiada kene mengene dengan yang hidup atau yang mati dan langsung tak logik.. Kalau sesape rase die tu terlalu series aku nasihatkan jangan bace lah -,-'' Aku cuma nak merepek.. lagipun aku bkn pembaca novel.. So aku tak reti nk buat ayat mcm buku :'( Sorry~ (ye cerita ni langsung tak logik..)

Hai

Aku adalah sebuah plastik buatan manusia...
Nama aku kefo sebab didada aku terpampang besar tulisan yang bertuliskan Kefo..
Saiz aku lebih kecil berbanding yang lain :(
Tetapi hidup aku sama seperti plastik lain..
Tapi sebenarnya aku tak hidup pun

Kalau manusia keluar ikut mak dorang
aku pulak keluar ikut mesin kilang..
Patutkah aku panggil mesin kilang tersebut mak?
Satu persoalan yang sentiasa melekat dalam otak imaginasi ku sejak dari azali lagi..
Aku tiada otak sebab aku plastik buatan manusia
Tapi aku selalu berimaginasi yang aku ada otak
Oleh sebab itu, terdapat banyak lah persoalan yang timbul dalam otak imaginasi
antaranya juga adalah seperti.. "macam mane aku boleh berimaginasi sedangkan aku tiada otak"
Sungguh sukar persoalan itu bagi aku..

Sesudah aje aku diproseskan aku terus diletak didalam satu lagi plastik yang jernih
bersama rakan-rakan aku yang lain..
Tetapi rupa mereka sama seperti aku.. Mungkin juga mereka adalah saudara kembar ku
Jika benar mesin tersebut mak ku.. kenapa dia biarkan aku disini
Bersama kembar-kembar ku?
Sampai hati mak.. Aku juga berhak mendapat kasih sayang seorang ibu..
Tetapi walaubagaimana pun aku bersyukur kerana diberi peluang
untuk lihat dunia walaupun aku tiada mata.
Aku diberi peluang merasa nikmat tinggal dibumi
Dan nasib ku tidak seperti beberape janin manusia yang sengaja dibuang
orang mak nya sendiri dan tidak diberi peluang untuk bernafas
Hahah! yyeayy! 'riang aku sesorang'
Tapi..
Syukur mak ku bukan manusia..

Kemudian kami disusun elok didalam sebuah kotak.
Kemudian kotak tersebut di angkut ke dalam Lori..
dan dibawa ke supermarket yang namanya seperti aku "Kefo"
Aku menjadi rungsing dan terkesima
Apakah aku sebenarnya..

Beberapa saat selepas itu aku baru teringat aku adalah plastik..
Dan kembar disebelah ku juga mengatakan bahawa aku adalah plastik beg
yang digunakan untuk mengisi barang-barang yang dibeli

Aku disimpan rapi dalam sebuah bilik simpanan..
dan disitu terdapat baaanyak barangan yang tersimpan..
Sehinggakan aku tak berdaya nak berkenalan dengan mereka semua..

Dan pada satu pagi.. Aku dan rakan-rakan plastik beg lain diangkut lagi untuk menjalankan tugas terhadap manusia..
Aku bersama mereka diletakan dalam laci buat spare nanti dah habis yang lain senang lah ambil ke aku dalam laci..
Dan begitu pantas masa aku.. Tak sempat-sempat aku terus dicapai seorang pemuda cashier.
Lalu aku disangkut pada dua batang besi yang terpacak dan menyebab kan badan aku sentiasa dibuka bagi menyenangkan cashier memasukkan barangan pembeli kedalam badan aku..

Masih lama untuk menunggu giliran aku diambil..
Aku cuma menyaksikan kembar-kembar ku yang berlainan rupa dicapai mengikut turn
untuk di masukkan barang-barang yang dibeli oleh manusia
Dan aku mula berfikir mungkin aku selepas ini..
Tetapi malang nya tidak.. cashier tersebut asyik mengambil plastik beg yang lebih besar saiz nya dari aku..


Tiba-tiba aku lihat seorang perempuan yang agak girlish dan gedik menghampiri kaunter lalu dia meletakkan sebungkus plastik yang terdapat perkataan didada plastik tersebut.
Liberas adalah makanan ringan atau cikedis atau jajan yang diperbuat dari liberas dan agak fofuler masa tu kerana sentiasa diiklankan di kaca-kaca tv yang terdapat di Kefo.

Dan kini tiba la giliran aku untuk berkhidmat
Aku terus dicapai dengan rakus oleh cashier dan diletakkannya liberas dalam badan ku.. Pada mulanya aku terasa kekok untuk membawa barangan lain setelah beberapa minit aku menjadi biasa.

Sementara menunggu proses pembayaran selesai
Aku cuba untuk menjadi peramah lalu menegur nya dan berkata "hai saya Kefo name awak Liberas ye.." dan aku berkata lagi "boleh kita bekenalan" secara automatik perkataan annoying itu tekeluar dari mulut ku.. Aku menepuk dahi tanda kesal akan kata-kata tu
Malangnya
Semua ke-poyo-an dan kata-kata aku langsung tidak diendahkannya, aku menjadi malu dan berfikir mungkin dia bisu barangkali untuk sedapkan hati yang malu ini..

Kemudian aku terdengar satu suara yang agak menjengkelkan berkata "Woi aku tak bisu lah!" satu suara lembut yang menjengkelkan kan tetibe sound aku..
Sentap hati aku bila dengar kata-kata tu.. Aku menjadi kaku dan terdiam
Sampai la proses pembayaran selesai.



1 comment: